Thursday, May 31, 2012

Kenangan Di Johor Bahru

Semalam aku masuk ruangan di satu fb group yg aku baru dijemput menjadi ahli.  Sebenarnya dah dua minggu rasanya aku dijemput tapi aku belum sempat join sembang2 mereka.

Bila aku baca semalam ada juga rupanya kawan2 baik aku seperti Daddy Ziyyad dan GadisBunga   di dalam forum tersebut.  Yang lain aku tak kenal.

Semalam mereka cerita pasal GadisBunga nak pindah bekerja di JB.  Aku pun tak tahu GB dah nak pindah.  Yang aku tahu opis dia pindah dari Jalan Klang Lama ke area Damansara beberapa bulan lepas.

Rancak juga kami bercerita pasal JB semalam.  Sebahagian mereka tu pasal memang org sana.  Aku ni kebetulan pernah duduk JB.  Tapi dah lama dah.  20 tahun yg silam.  Masa itu aku dihantar oleh Petronas Carigali untuk mengawasi kerja2 pembinaan pelantar gas di beberapa limbungan di Pasir Gudang dan Batam.

Walaupun bekerja di Pasir Gudang tapi aku dan famili duduk di Taman Nong Chik di sebuah rumah yg disediakan oleh syarikat.  Kereta kompeni pun disediakan.  Minyak tinggal isi saja dan cukup bulan hantar resit utk tuntutan.  Jadi duduk jauh di JB takde masalah duit minyak kecuali terpaksa menempuh kesesakan di lebuhraya Pasir Gudang.

Masa aku di sana kami sering ke Singapura untuk melawat saudara mara dan shopping.  Kadar tukaran wang masa tu SIN $1.00 bersamaan dengan RM1.20 saja.  Bila nak balik KL biasanya kami akan ke Woodlands untuk membeli buah2an seperti epal, limau dan pear.  Kadang2 beli juga kain langsir dan cadar.  Kereta kompeni aku plat Johor.  Bila sampai di tempat pemeriksaan kastam, biasanya mereka tak periksapun.  Kalau ada saudara mara datang dari KL dan ke Singapura utk beli barang, biasanya mereka akan sumbat barang2 tu di dalam kereta aku supaya tak kena cukai! hehehe (tindakan keji)



Sekarang tak payah pergi Singapura nak beli buah2an ini.  Kat Chow Kit pun banyak (gambar di atas) dan lebih murah daripada di sana sebab kadar tukaran wang dah tinggi



Banyak lagi kenangan pahit manis di sana termasuklah kelahiran anak ketiga kami, Nurafifah Huda di Johor Specialist Hospital.  Masa sekolah rendah dulu bila cikgu tanya di mana kampung dia, Afifah akan kata kampung dia di JB!

Kepada GB, selamat memulakan hidup baru di JB.  Semoga bertemu jodoh semasa di sana!

Wednesday, May 30, 2012

Dia Telah Pergi Buat Selama-lamanya

Baru kejap ini tadi aku mendapat panggilan telefon dari kawan aku yg juga bekas jurutera aku di Penang. Dia memberitahu rakan kami yg tinggal di Alor Setar telah meninggal dunia pagi ini.  Rakan kami ini bekerja dgn sebuah sykt konsultan dan pernah bekerja sebagai jurutera tapak utk projek2 sykt kulit kerang secara kontrak.

Aku pernah tulis kisah dia tak lama dulu.... bagaimana dia begitu teruja dapat membeli sebuah kereta Proton terpakai hasil gaji dia sebagai jurutera tapak.  Begitu beriya-iya dia mengucapkan terima kasih kpd aku masa itu kerana berkat kami mengambil dia bekerja dgn kami dia dapat membeli kereta tersebut w/p sekadar kereta second hand.  Masa itu aku sekeluarga ke rumah mertua staf aku itu di Mergong.  Allahyarham pun datang dgn keluarganya menaiki kereta yg baru dibelinya itu.  Sebelum itu dia hanya mampu menggunakan motosikal saja.

Menurut kawan aku, arwah baru berumur sekitar 42- 43 tahun.  Arwah meninggalkan seorang balu dan 6 orang anak.  Sebak aku mendengarkannya kerana aku tahu mereka bukan orang senang.

Maaf kerana aku tak dapat menziarahi jenazahnya.   Aku minta kawan aku sampaikan sedikit sumbangan bagi pihak aku.

Bila aku beritahu emak Adam, dia pun terkejut.  Emak Adam ingat lagi semasa kami berjumpa dgn Allahyarham dan keluarganya di Mergong dulu.  Masa itu anak mereka baru 3 orang.

Begitulah suratan dan qada qadar Allah.

Bila tiba masanya utk kita dijemput pulang, tidak akan dicepatkan atau dilambatkan w/p sesaat.

Sudahkah kita bersedia untuk saat tersebut?

Monday, May 21, 2012

Dilema Seorang Ibu Tua

Semalam petang selepas ke majlis kahwin sepupu emak aku, aku dan emak Adam bergegas pulang ke kampung untuk menziarahi nenek Adam yang tak berapa sihat sejak kebelakangan ini.  Kami balik kampung berdua saja kerana Adam dibawa oleh abang dan kakaknya ke Low Yat.  Dengar cerita Adam teruja bila melihat iPhone, iPad dan pelbagai gajet lagi di sana.  Adam memang pandai menggunakan peralatan ini semua sejak dia berumur 2 tahun.

Masa kami nak bertolak balik kampung tu, cuaca agak gelap nak hujan.  Tapi kami tawakal (setelah solat sunat musafir) dan meneruskan juga perjalanan.  Tak sampai 5 minit meninggalkan rumah, hujan telah turun dengan begitu lebat.  Bukan setakat hujan biasa tapi hujan air batu!  Aku risau cermin kereta aku pecah .... huhuhu.

Sampai di Sg Buluh hujan agak redha.  Emak Adam ajak aku singgah pergi beli tanah kat situ sebab emak dia ada hint nak tanah untuk menanam bunga di kampung.  Aku pun hantarlah emak Adam ke tempat menjual bunga dan tanah di situ.  Bila dah sampai situ mana cukup sekadar beli tanah.  Beli bunga keladi 4 pasu.  Penuh bonet dan tempat letak kaki sebelah belakang dgn tanah dan pasu bunga.  Tak kisahlah sebab kereta aku pun kosong sebab hanya kami berdua yg balik kampung.

Sampai di Kuala Selangor emak Adam minta aku singgah di Pasir Penambang untuk beli bahulu panas.  Kami berhenti di gerai bahulu panas di situ.  Emak Adam dah kenal dgn penjual bahulu itu yg bernama Ema.  Dah macam kawan baik pula mereka berdua ni.  Orang peramah mcm isteri aku ni memang senang dapat kawan.  Dia beli 300 biji bahulu utk diberikan kpd emaknya dan jiran2 di kampung dan juga jiran di taman perumahan kami bila kami balik nanti.

Bila kami sampai di kampung, Kak Long masih ada di sana.  Dia sekeluarga telah berada di kampung sejak hari Sabtu lagi.  Kak Ngah baru saja bertolak balik sebab suaminya risau nak hujan masa tu.  Bila melihat anak dan menantunya balik kampung, giranglah hati mertua aku tu.  Tapi dia sikit kecewa kerana Adam tak ikut bersama.

Sebelah petang semalam adik ipar emak Adam dan anak2nya seramai 4 orang juga datang.  Meriahlah rumah mertua aku buat seketika.

Selepas Maghrib kami semua minta diri untuk pulang ke rumah masing2.  Sayu orang tua tu.  Emak Adam mengajak emaknya ke rumah kami tapi dia tak nak sebab ada jiran nak buat kenduri Khamis akan datang ni.  Lagipun minggu depan dia ada banyak jemputan kenduri kahwin di kampung.  Itu tak termasuk nak bagi makan anak2 ayam yang baru dibelinya dan dipelihara untuk buat Raya nanti.  Ada 48 ekor semuanya.

Begitulah orang tua.  Kita yg anak2 dan menantu ni kesian tengok dia tinggal seorang diri sejak abah meninggal dunia bulan Ramadan tahun lepas.  Nak ajak tinggal dgn anak2 dia lebih suka tinggal di kampung.  Nak tengok rumah dan ayam itik katanya.  Aduyai.  Inilah dilema orang tua bila dah tinggal seorang.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails